🐣TIP ATASI MASALAH KEMBUNG PERUT & SEBU🐣
Pernah tak mengalami masalah badan berangin atau kembung perut yang berpanjangan dan teruk. Kadang-kadang kita jadi serba tak kena, rasa macam gastrik, macam lapar, macam nak sendawa, macam nak kentut, eh nak berak...semua pun tak betul kan?! 😖 Kalau kena dengan anak kecik lagi lah haru biru. Merengek je! 😰
Selalunya masalah kembung perut dan sebu ni berpunca daripada faktor pemakanan dan rutin makan yang tidak teratur. Adakala ia disebabkan oleh rutin harian seseorang contohnya sentiasa travelling atau berada di dalam keadaan dingin seperti pejabat yang ada aircon. Musim hujan lagi dahsyat kan!
Di sini saya nak share cara-cara legakan masalah kembung perut dan badan berangin. Boleh apply untuk anak-anak yang selalu ada masalah sama juga. Try error je, ada yang sakit biasa sekejap dah ok, ada yang teruk ambil masa juga. So no one way is the best way ya! ☺️
1. Berurut. Kalau ada nasib jumpa tukang urut yang pandai cari point di bahagian badan memang untung lah. Setiap kali diurut mesti sendawa untuk keluarkan angin, kadang sampai tukang urut sendiri yang sendawa. Itu menunjukkan badan memang banyak angin 😱
2. Makan bawang putih. Ini cara saya selalunya. Bawang putih kalau tak larat makan macam tu je boleh tumbuk, campur kicap. Then makan dengan ayam atau ikan stim. Lepas tu mesti kentut keluar meletup-letup. 💥
3. Pemilihan makanan dan rutin makan. Seandainya anda jenis yang cepat lapar dan cepat sakit perut/ulu hati jika lapar, jangan lengahkan waktu makan. Pilih makanan yang sesuai, adakalanya makanan boleh mengakibatkan angin. Contoh kekacang tak boleh dimakan semasa perut kosong. Contoh lain saya tak boleh makan rebung. Kalau makan banyak mesti kembung perut. Kena banyak buat analisis terhadap alahan sendiri ye, jangan main bedal je makan semua.
4. Minum air suam. Kalau rasa sebu yang biasa, selepas minum air suam mesti akan sendawa dan rasa selesa.
5. Urut di tengkuk. Saya selalu urut di pangkal tengkuk kalau rasa ada angin yang tersekat di dalam badan. Ini biasa terjadi kalau di dalam kereta semasa perjalanan jauh. Rasa mual dan pening. Tekan-tekan, urut sikit mesti akan sendawa lepas tu! 🎉
6. Sapu T-Rub. Benda wajib buat setiap hari adalah untuk sapu T-Rub di perut selepas mandi atau sebelum tidur. Ini biasa dilakukan kepada anak-anak. Selain melindungi daripada kembung perut, ia juga berfungsi untuk mengelakkan sembelit. Kalau sapu sebelum tidur esoknya mesti akan ada proses membuang! Seronok tau! 😆 Untuk anak-anak saya gunakan Balm T-Rub. Untuk diri sendiri saya gunakan Tummy Blend Oil. Fungsi sama sahaja. Ia tak panas, tak berangin dan tak melekit. Baunya pun wangi kalau dibandingkan dengan kebanyakkan minyak telon di pasaran.
Semoga bermanfaat! 🥰
Comments
Post a Comment