BAGAIMANA MEWUJUDKAN RUTIN TIDUR ANAK-ANAK



Anak kecil memerlukan tidur sekurang-kurangnya 10-11 jam mengikut umur. Tidur yang cukup penting untuk memastikan perkembangan minda dan fizikal anak-anak berada pada paras optimum. Melalui rehat yang cukup, anak-anak boleh bersedia untuk menerima ilmu pengetahuan yang baru pada setiap hari. 

Namun tak semua anak kecil mempunyai rutin tidur yang betul kan? Ada anak-anak yang sangat sukar untuk tidur. Ada yang tidur tetapi selalu terjaga dan menangis-nangis. 

Bagi yang perlu bangun awal dan ke sekolah, keadaan kurang rehat dan tidur ini akan menyukarkan anak-anak untuk kekal bersemangat di sekolah. Ia juga mengakibatkan anak-anak sukar untuk fokus pada pelajaran. Ibu bapa yang perlu berjaga kerana anak belum tidur juga akan menghadapi kesukaran untuk melakukan tugasan harian akibat rehat yang tidak cukup. Sukar, bukan?

Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah tidur dan mewujudkan tidur yang cukup di kalangan anak-anak? Mari kita berkongsi tips di bawah : 
i. Pastikan Anak Aktif Pada Waktu Siang. Ini bagi membolehkan tenaga digunakan sepenuhnya dan mewujudkan rasa letih pada waktu malam. Apabila tanda-tanda mengantuk telah wujud, jangan lengahkan untuk menidurkan anak supaya mereka tidak meragam. Namun demikian, aktiviti perlu dikawal agar tidak mengakibatkan anak terbawa-bawa bermain sehingga liat untuk tidur.

ii. Wujudkan Rutin Harian. Rutin harian penting untuk anak mengetahui apa yang perlu dilakukan sepanjang hari. Ini termasuklah waktu tidur petang dan waktu makan. Jangan tidur petang terlalu lewat kerana ia akan mengakibatkan anak masih segar / bertenaga apabila menjelang malam. Tetapkan waktu tidur dan beritahu kepada anak waktu tersebut supaya tiada ‘perbalahan’ berlaku setiap kali tiba waktu tidur.

iii. Persediaan Sebelum Tidur dan Suasana Bilik Tidur. Apabila tiba waktu tidur, pastikan badan anak-anak berada dalam keadaan bersih dan selesa. Seeloknya lap badan anak semasa sesi menggosok gigi agar badan tidak panas dan melekit. Malapkan lampu bilik tidur supaya anak-anak tidak teruja dengan keadaan bilik yang terang.

iv. Sapu Calm Time dan Sleep Time. Dua balm keluaran Tasneem Naturel ini dipanggil Set Sweet Dreams. Sapuan dua balm ini secara konsisten boleh mengatasi masalah tidur di kalangan anak-anak. Ini kerana pati tumbuhan semulajadi yang terdapat pada balm ini membolehkan badan relax dan seterusnya mewujudkan rasa mengantuk. Ia mampu memberikan deep dan restful sleep kepada anak-anak! Jangan risau, balm ini bukan dadah ya, ia balm yang diluluskan penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Comments