Cara-cara Meningkatkan Imun Anak-anak
Kebelakangan ni banyak
cerita anak-anak batuk dan demam berulang. Pergi hospital, diperiksa dan diberi
ubat kalau tak serius. Kalau yang serius akan memerlukan mereka untuk ditahan
di wad atau diberi neb. Selepas itu, ada yang kembali sihat ada yang sakit balik.
This is not good mummies and daddies!😖
So..hari ni saya kongsi sedikit sebanyak tips yang ada pada diri ini utk
meningkatkan sistem imun anak-anak. Mana yg baik feel free to follow, yang tak
baik boleh pass ya 😊
1. You are what you eat. Beri anak-anak makanan berkhasiat. Lebihkan buah
dan sayuran🥕🥦🍎Kalau malas makan sayur paksa hahaha! Haha…tapi itu lah realitinya
ibu-ibu. Paksa dengan cara menjadi lebih kreatif di dalam penyediaan makanan.
Tak suka kunyah buah, buat jus atau popsicle. Tak suka sayur, reneh sup
lama-lama bersama sayur dan daging. Sekurang-kurangnya boleh dapat khasiat
melalui sup tu. Google banyak resipi sila cari. Ini kerana di dalam sayur dan
buah-buahan terdapat Vitamin C yang boleh tingkatkan sistem imun anak-anak. Tak
perlu keluar duit banyak beli supplement. Buah pinggang anak-anak masih terlalu
muda untuk proses makanan yang ada perasa tambahan selain daripada yang asli.
2. Eat real food. No fast food🍟.
Junk food keropok cookies 🍪manis gula-gula 🍭chocolate air gas🥤air kotak air sirap big no❌Processed food sosej nuggets mi segera 🍜also big no⛔️Kalau nak buat sendiri
Google ada resipi. Gula dan bahan awet yang ada di dalam makanan tersebut
macam baja yang suburkan pembiakan bacteria di dalam badan. Biar dia nangis
guling-guling tak dapat apa yang dia nak, daripada dia tak larat nak menangis
kerana kesakitan. Kejam, tapi itu untuk kebaikan semua.
3. Minum air putih secukupnya. Sediakan botol air yang comel untuk si
kecil, atau yang mempunyai figura, kartun kegemaran mereka. Isi air di dalam
botol dan pastikan anak habiskan air di dalam botol menjelang petang / sebelum
tidur. Masa makan, beri air putih sahaja.
3. Bila demam, batuk atau selsema sila take note makanan yg boleh mewujud
dan menghapuskan kahak. Take note cara-cara utk hilangkan panas dlm badan anak.
Google pun ada ni.
4. Amalkan gaya hidup sihat. Bersenam 🚴🏻♂️ambil angin. Ini penting untuk badan terdedah dengan persekitaran
asing dan seterusnya membina antibodi untuk melawan bendasing di dalam badan.
Akan tetapi jangan selalu pergi tempat yang ramai orang seperti mall, pasar dan
sebagainya kerana di situlah kilang bacteria merbahaya ye. Bawa travel
jauh-jauh pun elak selagi boleh sekiranya anak masih kecil atau kerap demam
kerana tempat lain-lain, angin lain-lain. Kita boleh tahan, anak tak semestinya
kuat.
5. Ambil masa untuk jemur dan cuci peralatan harian anak-anak seperti
cadar, selimut, tuala dan bantal busuk anak. Sekiranya anak ada bantal busuk
atau anak patung kesayangan yang sentiasa dibawa ke mana-mana, pastikan ia
dicuci atau dijemur. Jangan biasakan anak-anak menyimpan bantal kotor.
Bayangkan bantal tersebut dibawa ke toilet, keluar bermain, hisap, gigit, masuk
hidung, sapu di muka dan sebagainya, kalau letak bawah mikroskop mesti berpesta
koloni bakteria. Bantal dan tilam pastikan dijemur, jangan ambil mudah spray
air refreshner sahaja. Pada waktu siang, pastikan tingkap bilik tidur dibuka
supaya ada ventilation, lebih-lebih lagi yang tidur di dalam bilik berhawa
dingin, setiap malam entah berapa kila bakteria masuk ke dalam paru-paru. Macam
mana nak sihat?
6. Gosok gigi. Biasakan bagi anak-anak tengok rancangan kartun yang
bermanfaat seperti Doc Mcstuffins, Upin Ipin dan Digby Dragons yang mana di
dalam rancangan tersebut anak-anak didedahkan dengan amalan menggosok gigi dan
makan sayur. Anak-anak saya pandai gosok gigi dan makan sayur kerana Upin Ipin
yang ajar.😁
7. Akhir sekali, usaha lindungi sistem imun anak dari luar. Contohnya
penggunaan balm CF Rub. Pemakaian harian CF Rub berfungsi sebagai immune-booster
kepada anak-anak. Setiap hari sapu nipis sahaja di dada dan belakang agar
kebaikan lebih daripada enam (6) jenis minyak pati tumbuhan semulajadi sentiasa
mengiringi kehidupan anak-anak.
Semoga bermanfaat! 😉
Comments
Post a Comment