Tasneem Naturel : Balm Bayi Semulajadi


AGEN TASNEEM NATUREL SARAWAK

Hi Orang Sarawak! 

Saya Heidylia Joshua dan merupakan pengedar sah Tasneem Naturel. Saya tinggal dan bekerja di Bahagian Sibu. Saya berumur 33 tahun dan merupakan ibu kepada dua anak perempuan yang comel berusia tiga dan dua tahun.

Kenapa saya jatuh cinta kepada Tasneem Naturel dan seterusnya berhasrat untuk menjadi pengedar sah? Ini kerana saya mempunyai anak kecil yang sering kali tidak sihat. Anak bongsu saya yang berusia setahun sentiasa diserang demam dan selsema. Setiap kali demam, saya terpaksa mengambil cuti kerana dia akan menjadi sangat cranky, taknak menyusu, makan dan tidur. Anak saya jenis tak pandai makan ubat, asal makan ubat sahaja dia akan muntah. Akhirnya dia perlu diberi ubat masuk punggung (suppositories) untuk mengurangkan suhu badan.

Sehinggalah suatu hari sebelum perayaan Hari Gawai, saya diperkenalkan dengan Tasneem Naturel oleh rakan baik saya. Saya mengambil keputusan untuk membeli satu set produk yang mengandungi lima jenis balm. 

Beberapa hari selepas balm sampai ke tangan saya, anak bongsu saya demam lagi, walhal dia baru lepas demam sekitar sebulan lalu. Saya terus mencuba CFRub, Calm Time dan Sleep Time pada anak saya dan syukur demam anak saya terkawal. Selepas disapu CFRub, anak saya akan muntahkan kahak dan batuknya lega. Selepas disapu Calm Time dan Sleep Time dia boleh tidur dengan baik dan tidak merengek seperti sebelum ini. Balm TRub pun saya sapu untuk membolehkan dia berak bagi membuang panas badan. Selepas beberapa hari, demam dia pun baik. Syukur!

Selepas itu, saya terus mempercayai sepenuhnya balm Tasneem Naturel dan sign up untuk menjadi agen. Setiap hari saya akan sapu CFRub untuk immne booster, TRub untuk elak kembung perut, Calm Time dan Sleep Time agar mereka lebih mudah diurus. Untuk gatal-gatal saya akan sapukan Skeenz dan kesan gigitan nyamuk pada anak boleh reda dengan cepat. Apa yang menakjubkan adalah setelah penggunaan balm yang konsisten terutama CFRub, anak saya tidak lagi demam teruk sehingga Disember 2018! Jika ada selsema pun hanya sementara sahaja, sapu CFRub terus hingus kering!

Apa yang menarik pasal produk Tasneem Naturel ni, ia tidak mengandungi bahan kimia merbahaya, tiada paraben, menthol dan SLS. Sesungguhnya yang paling merisaukan ibu-ibu adalah keselamatan setiap produk yang digunakan oleh anak. Dengan Tasneem Naturel, ia boleh digunakan tanpa was-was tanpa membahayakan kulit anak kecil yang sensitif. Bahan asas setiap balm adalah gabungan 6-8 jenis pati tumbuhan semulajadi (EO). Bayangkan harga sejenis EO pun sudah mencecah ratusan ringgit, inikan pula kalau gabungan pelbagai EO kan! Balm ini juga padat, tak perlu sapu banyak. Kebiasaannya balm yang kami pakai setiap hari bertahan sehingga tiga bulan. Ia tidak melekit dan tidak panas juga.

Selain anak-anak, balm ini juga boleh digunakan oleh orang dewasa. Saya suka Calm Time kerana ia boleh memberi ketenangan kepada badan setelah penat bekerja seharian. Ia juga membolehkan emosi lebih terkawal semasa berurusan dengan kerja pejabat atau urusan rumah tangga. Kulit tapak kaki suami saya yang mempunyai masalah eczema juga sembuh dengan penggunaan Skeenz secara konsisten. Satu balm, seluruh keluarga boleh guna. Jimat kan?

Saya percaya dengan kebaikan semulajadi yang ada pada Tasneem Naturel dan akan terus menggunakannya. Saya juga ingin berkongsi kebaikan ini bersama ibu-ibu di luar sana yang pentingkan keselamatan produk harian anak-anak.

Orang Sarawak, jom cari kamek untuk balm Tasneem Naturel kitak ok! Boleh contact saya menerusi FB HEIDYLIA JOSHUA atau IG mynameisheidylia


Comments